MELAKA, 14 Feb: Dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan memberi suapan berjumlah RM7,850 kepada rakan sekerja mereka untuk tidak mengambil tindakan terhadap pengusaha lori membawa muatan berlebihan.
Mohd Rafi Abd Rahman, 59, yang berdepan enam pertuduhan didakwa memberikan suapan RM600 bagi tempoh enam bulan kepada seorang pemeriksa kereta motor Gred AB29 di JPJ Melaka sebagai upah tidak mengambil tindakan terhadap pengusaha lori yang mempunyai pelekat Pepsi atau Saudagar atas kesalahan melebihi muatan.