
SHAH ALAM, 1 Julai: Lima individu termasuk seorang wanita bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima deposit daripada orang ramai tanpa lesen sah dan pengubahan wang haram bernilai jutaan ringgit antara 2021 hingga 2024.