
KUALA LUMPUR, 12 Feb: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang rosak di lorong kecemasan di Kilometer 415.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Lembah Beringin ke Bukit Tagar, Hulu Selangor, hari ini.