Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

lompat parti

KUALA LUMPUR, 29 Julai : Satu lembaran baharu ke arah masa depan politik negara yang lebih baik dicipta pada minggu kedua persidangan Dewan Rakyat apabila Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, diluluskan dengan sokongan lebih dua pertiga Ahli Dewan Rakyat. 

KUALA LUMPUR, 28 Julai : Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti atau lebih sinonim dengan istilah ‘lompat parti’ mendapat sokongan lebih dua pertiga ahli dewan, sekali gus melakar sejarah yang mengubah landskap politik tanah air.

KUALA LUMPUR, 23 Julai : Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang dijangka dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu ini adalah demi kestabilan politik negara.

KUALA LUMPUR, 13 Mei : Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Bagi Menimbang Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti telah mencapai kata sepakat dalam hampir semua perkara dasar mengenai gubalan Rang Undang-undang itu. 

KUALA LUMPUR, 20 April : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar optimis Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dapat menyediakan penyata mengandungi cadangan rang undang-undang itu dalam tempoh sebulan.