KUALA LUMPUR, 11 April: Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023 dijangka menyaksikan beberapa memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani untuk kedua-dua sektor pertahanan dan komersial, bernilai antara RM6 bilion dan RM8 bilion.
Pengarah Urusan Alpine Integrated Solution Sdn Bhd Anita Jacobson berkata MoU itu akan ditandatangani antara kerajaan dan syarikat, serta antara syarikat dan syarikat.