Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

liga super

JOHOR BAHRU, 6 Feb: Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menangguhkan sebarang sambutan awal bagi kejuaraan Liga Super yang sudah hampir pasti menjadi milik mereka, pada ketika Harimau Selatan itu memfokuskan kepada perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) yang akan datang.

MANJUNG, 27 Jan: Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mampu tersenyum lebar selepas menyaksikan skuad bimbingannya menang bergaya 7-0 ke atas Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung di sini malam tadi.

SEREMBAN, 26 Jan: Kejayaan Sabah FC mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-1 semalam memberi suntikan keyakinan kepada skuad Sang Badak untuk terus merapatkan jurang dengan pasukan teratas Liga Super.

GEORGE TOWN, 26 Jan: Satu mata cukup bermakna dikutip Penang FC dalam perlawanan penuh dramatik menentang pasukan di tangga kedua liga Selangor FC di Stadium Bandaraya di sini malam tadi, petanda positif kebangkitan semula pasukan.

KUALA NERUS, 26 Jan: Ketumpulan penyudah menjadi punca kekalahan Terengganu FC (TFC) 0-1 di tangan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam tadi, kata ketua jurulatih skuad Penyu Badrul Afzan Razali.

Paling Popular

No results found.