
KUALA LUMPUR, 27 Nov: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas tanpa membebaskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah daripada enam pertuduhan pecah amanah melibatkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 billion.