BUKIT MERTAJAM, 29 Nov: Seorang lelaki warga emas yang gembira dan teruja dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 mengambil peluang membelanja orang ramai di beberapa restoran dan kedai kopi sekitar Permatang Pauh sebagai ‘melepaskan niat’  dengan pelantikan anak jati dari Pulau Pinang itu.
G.Subramaniam, 75, yang merupakan kontraktor berkata, niat untuk belanja orang ramai itu kerana beliau dan seluruh ahli keluarganya menunggu lebih 20 tahun untuk melihat Anwar yang merupakan  Ahli Parlimen Tambun sekarang ini menjadi pemimpin nombor satu negara.