
KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Sejajar dengan transformasi teknologi dan pendigitalan sistem perkhidmatan percukaian, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan mewajibkan penggunaan e-Perkhidmatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan percukaian yang telah disediakan secara dalam talian melalui gerbang perkhidmatan Portal MyTax secara berperingkat bermula 1 September 2023 untuk memperkasa dan melestari pendigitalan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.