IPOH, 6 Nov: Penceramah bebas, Datuk Mohammad Kazim Elias menjelaskan tujuannya menarik diri daripada menjadi calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Larut adalah demi kepentingan keluarga.
Dikenali sebagai Ustaz Kazim Elias, 50, beliau mahu mengelak timbulnya masalah susulan abangnya Datuk Mohd Najmuddin Elias bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau mewakili Perikatan Nasional (PN-Bersatu).