KUALA LUMPUR, 2 Mei: Kalangan pakar berbeza pendapat mengenai prospek pemulihan ekonomi global, dengan masing-masing hampir seimbang iaitu kira-kira 45 peratus menjangkakan kemelesetan global berlaku pada tahun ini manakala jumlah yang sama mengunjurkan sebaliknya, demikian menurut laporan terkini Forum Ekonomi Dunia (WEF).
Laporan Tinjauan Ketua Ahli Ekonomi WEF itu menunjukkan kalangan pakar tersebut juga mengunjurkan bahawa dinamik pertumbuhan dan inflasi berbeza mengikut rantau.