KUALA LUMPUR, 9 Jun : Lain orang lain caranya. Itulah yang dilakukan oleh Hafizah Bachik, 45 bersama suaminya, Roman Onillon, 40, yang memulakan ekspedisi berjalan kaki sejauh kira-kira 500 kilometer (km) semalam dengan mengutip sampah bermula dari pekan Rasa, Selangor ke Kuala Perlis sebelum menuju ke Langkawi.