Polis rampas 243 kg daun ketum di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak #bm, Malaysia November 30, 2022 3:06 PM KUANTAN, 30 Nov: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan merampas daun ketum dianggarkan seberat 243 kilogram (kg) menerusi serbuan ke atas sebuah kereta di Kilometer 63 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bentong, awal pagi semalam.