JERTIH, 18 Dis: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi korban pertama banjir di Terengganu kali ini dalam kejadian di Kampung Apal di sini hari ini.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, Nur Hilwa Idris Mohd Haris Zaifan ditemukan terapung dalam parit kira-kira 20 meter dari rumah tempat mangsa dikatakan terjatuh pada kira-kira jam 3.40 petang tadi.