PUTRAJAYA, 19 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penganjuran Majlis Ilmu MADANI adalah selari dengan usaha memberi kefahaman tentang maksud negara MADANI yang digagaskan oleh kerajaan pimpinan beliau kepada orang ramai.
Beliau berkata, ia terutamanya melibatkan nilai asas pembentukan negara MADANI iaitu akidah yang kukuh, akhlak yang baik serta pembentukan sahsiah maknawiyah.