
KUALA LUMPUR, 18 Julai: Orang ramai berpeluang menikmati tawaran pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 50 peratus pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024, di Cyber Event Hall Cyberjaya, Selangor, Ahad ini.