JOHOR BAHRU, 4 Mei: Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam merakamkan penghargaan kepada aktivis, peguam lantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pasukan pendakwaan dan individu yang prihatin dengan kes remaja perempuan sindrom Down, dikenali sebagai Bella.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Che’ Puan Besar Khaleeda bertitah baginda dan Tunku Ismail amat prihatin terhadap kes tersebut dan berpandangan ia perlu dijadikan pengajaran oleh semua pihak serta berharap kes seumpama itu tidak lagi berulang.