
PUTRAJAYA, 5 April: Malaysia akan memperluas kerjasama dalam pengurusan bencana dengan beberapa negara termasuk Jepun, Rusia dan Korea Selatan agar kepakaran Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) terus diperkukuh.
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Khairul Shahril Idrus berkata rundingan bagi memuktamadkan memorandum persefahaman (MoU) dengan negara berkenaan dijangka selesai tahun ini.