KUALA LUMPUR, 31 Ogos : Di sebalik peserta acara perbarisan sambutan Hari Kebangsaan 2022 hari ini yang berbaju celoreng dan pelbagai seragam pasukan keselamatan, ‘terselit’ kontinjen jurumasak berbaju putih, berseluar hitam lengkap topi tinggi atau toque yang turut berkawad bersama barisan wira negara.
Julung kali dilihat menyertai acara sedemikian, ia mungkin mencetuskan tanda tanya segelintir penonton di Dataran Merdeka mengapa kontinjen wira tidak didendang melibatkan lebih 40 cef atau jurumasak daripada Persatuan Jurumasak Malaysia itu turut melakukan lintas hormat.