
PUTRAJAYA, 1 Mei: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menzahirkan penghargaan terhadap tindakan segera Malaysia dalam memberikan bantuan kemanusiaan ekoran gempa bumi yang melanda Myanmar baru-baru ini, sambil menyifatkannya sebagai respons yang tepat pada masanya dan memberi kesan besar kepada komuniti terjejas.