
KUALA LUMPUR, 14 Sept: Daripada pelbagai kaum tanpa mengira usia, lebih 12,000 orang tampil mencerminkan “wajah Malaysia” dengan menggayakan pakaian tradisional pada program Keretapi Sarong 2024 (KS 2024) hari ini, menarik perhatian orang ramai terutama pelancong asing.