
LONDON, 17 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetengahkan kejayaan Kerangka Ekonomi MADANI, yang dilancarkan pada 2023 dalam syarahan beliau di London School of Economics (LSE) hari ini.
Beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan akan melancarkan taman reka bentuk cip kedua untuk memanfaatkan kedudukan negara dalam rantaian bekalan semikonduktor.