
SARIKEI, 16 Okt: Kewujudan Pusat Daya Maju Masakan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang pertama di Sarikei adalah usaha bagi meningkatkan taraf ekonomi rakyat melalui bidang yang bersesuaian dengan keperluan mereka selaras dengan aspirasi kerajaan perpaduan.