
KUALA LUMPUR, 26 Sept: Tiga badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia hari ini menggesa Kerajaan Laos untuk membantu membebaskan rakyat Malaysia yang jadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di negara itu yang mengabui mata mangsa dengan tawaran gaji lumayan.
Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) dan Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) sebelum itu menyerahkan memorandum berkenaan di Kedutaan Laos di sini.