ISTANBUL, 22 Feb: Meskipun berhadapan kesusahan di negara sendiri akibat perang, rakyat Yaman tetap menunjukkan sokongan dan solidariti yang luar biasa terhadap mangsa dua gempa bumi kuat yang mengorbankan ribuan penduduk di Türkiye.
Susulan bencana gempa bumi pada 6 Februari lepas, masyarakat Yaman melancarkan kempen derma sebagai balasan kepada Türkiye yang menghulur bantuan kemanusiaannya ke negara asal mereka yang dilanda perang saudara sejak lebih lapan tahun lepas, lapor Anadolu Agency.