
KUALA LUMPUR, 10 Jun: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memperkenalkan program peralihan komprehensif bagi menyokong kakitangan yang terjejas dengan cadangan pengurangan tenaga kerja berikutan syarikat itu melaksanakan transformasi strategik utama bagi memastikan operasinya bersiap siaga dan kekal berdaya saing dalam landskap tenaga global yang berubah-ubah.