
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Kembara Kenali Borneo, sebuah idea dan hasrat penjelajahan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengenali penduduk Sabah dan Sarawak mencetuskan fenomena yang terpahat di ingatan bukan sahaja kepada rakyat, tetapi juga Seri Paduka serta Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.