
PUTRAJAYA, 3 Jun: Hasrat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk melaksanakan Kembara Diraja ke seluruh Wilayah Persekutuan bagi menyantuni golongan asnaf dan menyampaikan agihan zakat mencerminkan kasih sayang dan keprihatinan institusi diraja terhadap rakyat khususnya golongan fakir, miskin dan rentan.