Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

kemalangan

KULIM, 14 Mei: Jenazah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Konstabel Akmal Wafi Anuar yang maut bersama lapan rakan setugas dalam kemalangan di Jalan Chikus – Sungai Lampam pagi semalam selamat dikebumikan pada pukul 10.45 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tunku Abdul Rahman Putra Sungai Limau, Lunas di sini.

IPOH, 14 Mei: Tujuh anggota pasukan simpanan persekutuan (FRU) beragama Islam yang terkorban dalam nahas di Jalan Chikus – Sungai Lampam, Teluk Intan, selamat dikebumikan pagi tadi.

KUCHING, 13 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi turut berduka dan menzahirkan  ucapan takziah kepada keluarga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Perak, pagi tadi.

TELUK INTAN, 13 Mei: Waris kepada sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Chikus–Sungai Lampam di sini pagi tadi akan menerima bantuan kewangan antara RM58,000 hingga RM269,700.

TELUK INTAN, 13 Mei: Pemandu lori membawa muatan batu kerikil yang terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawa sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus – Sungai Lampam, di sini hari ini mempunyai enam rekod jenayah lampau termasuk kes berkaitan narkotik.

Paling Popular

No results found.