
KUALA LUMPUR, 9 Dis: Setelah dua minggu dilanda banjir besar, keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.