
PUTRAJAYA, 14 Mei: Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan 11.5 peratus iaitu 93,500 kelahiran pada suku pertama tahun ini berbanding 105,613 kelahiran pada tempoh sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia dalam laporan Perangkaan Demografi yang dikeluarkan hari ini.