Kelab Badminton Lopeng hantar lapan wakil ke Piala Badminton Junior Premier Abang Jo #bm, Berita Sarawak November 28, 2022 12:53 PM MIRI, 28 Nov: Kelab Badminton Lopeng akan menghantar lapan pemainnya ke pertandingan Piala Badminton Junior Premier Abang Jo 2022 di Dewan Persatuan Badminton Sarawak (SBA), Kuching pada 2 hingga 4 Disember.