
HOUSTON (Amerika Syarikat), 26 Sept: NASA akan sengaja ‘menghempaskan” sebuah kapal angkasa ke asteroid pada 7.14 malam waktu tempatan (1214GMT) pada Isnin, dalam misi pertama seumpamanya untuk melindungi Bumi.
Projek yang dikenali Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) itu, dengan sengaja akan menjatuhkan kapal angkasa tersebut untuk melihat sama ada tindakan pemesongan itu mampu menghalang potensi asteroid daripada memusnahkan planet.