Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

kanak-kanak

GAZA, 26 Ogos: Pasukan pendudukan Israel melakukan dua pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin terbunuh dan 66 yang lain cedera, menurut sumber perubatan.
Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Okt meningkat kepada 40,435 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 93,534 individu mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.
Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat menjangkau ramai mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan raya di seluruh kawasan konflik kerana pasukan tentera Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan kru pertahanan awam. -TVS

SHAH ALAM, 9 Ogos: Mahkamah Majistret di sini membenarkan hak penjagaan sementara adik kepada kanak-kanak autisme Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin kepada nenek saudaranya, selama dua bulan bermula hari ini.

BAITULMAQDIS, 9 Ogos: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis melaporkan bahawa kes malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak di utara Gaza meningkat lebih 300 peratus pada Julai berbanding Mei.

IPOH, 7 Ogos: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di sini kelmarin.

IPOH, 6 Ogos: Polis memberkas seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun yang disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di rumah pengasuh di Kampung Sungai Pulau, Sungai Sumun, Bagan Datuk dekat sini hari ini.

Paling Popular

No results found.