Hanifah hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung Petanak #bm, Berita Sarawak December 29, 2024 1:49 PM MUKAH, 29 Dis: Timbalan Menteri Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Mukah Datuk Hanifah Hajar Taib menghulurkan sumbangan kepada Haliza @ Evelin Rajuwin yang merupakan mangsa kebakaran rumah di Kampung Sri Petanak di sini, hari ini.