JERTIH, 29 Dis: Tumpang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) merupakan pilihan tunggal yang ada bagi segelintir mangsa banjir yang kediaman mereka rosak teruk, malah ada yang dihanyutkan banjir minggu lepas.
“Ke mana lagi saya hendak menumpang selepas rumah sewa saya rosak teruk dan hanyut… Nak menumpang di rumah ibu bapa, keadaan mereka pun daif,” kata Norul Shahida Mohamad, 38, ketika meluahkan rasa sayu mengenang nasib yang menimpa dirinya dan keluarga.