Letupan karbida rosakkan kedai buah, enam kereta di Bandar Baru Klang #bm, Malaysia June 12, 2025 9:32 PM SHAH ALAM, 12 Jun: Sebuah kedai buah-buahan di Jalan Gudang Nenas, Bandar Baru Klang dekat sini rosak teruk selepas bahan kimia karbida (kalsium karbida) yang digunakan untuk mempercepatkan proses pemeraman buah, meletup dalam kejadian petang tadi.