
KUALA LUMPUR, 11 Dis: Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN 3.0) tahun hadapan yang akan diselaraskan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertahanan, akan memberi keutamaan kepada pelajar yang pernah menyertai aktiviti kadet sekolah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di laman Facebook berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan yang dipengerusikannya, hari ini.