KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Syarikat pengendali p-hailing telah memberikan komitmen untuk lebih telus, meneliti dan memperhalusi lebih lanjut pandangan golongan penghantar dalam penentuan dan pengiraan kadar upah bagi mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.