PARIT, 17 Jun: Kerajaan mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula kad diskaun kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dalam usaha membantu mengurangkan beban dan menjaga kebajikan golongan berkenaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata perbincangan akan dilakukan bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengajian Tinggi dalam masa terdekat.