
KUALA LUMPUR, 28 Dis: Tekanan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan bagi mana-mana pemain badminton, lebih-lebih lagi apabila bertanding di gelanggang sendiri, seperti dalam kejohanan Terbuka Malaysia 2025 yang akan berlangsung bulan depan, kata jurulatih perseorangan lelaki negara, K. Yogendran.