
KUALA LUMPUR, 8 Julai: Ketua jurulatih skuad Bawah 19 Tahun (B-19) Juan Torres Garrido mencabar barisan pemain baharu untuk membuktikan bahawa mereka layak bergelar juara bertahan apabila menggalas cabaran negara pada Kejohanan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya, Indonesia pada 17 hingga 29 Julai ini.