KUCHING, 23 Nov: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kesihatan Awam Veterinar (Pindaan) 2022 untuk memberikan kuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) dalam memerangi penularan wabak rabies.