
KUALA LUMPUR, 17 Jun: Malaysia mempunyai masa terhad untuk menyelesaikan masalah atau tantangan yang melanda ekonomi negara dan membawa negara kembali ke landasan yang betul, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu dipersetujui pakar-pakar ekonomi selepas beliau mengadakan perbincangan terkait hala tuju ekonomi negara pada petang Jumaat.