KUALA LUMPUR, 2 Sept: Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada tahun ini akan diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak pada 16 Sept ini.
Â
Menurut Jawatankuasa Media dan Publisiti (JKMP) sambutan itu, Sarawak diberikan kepercayaan untuk menganjurkan sambutan pada tahun ini selaras dengan keputusan Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 24 Jun 2020 yang antara lain bersetuju sambutan Hari Malaysia diadakan secara bergilir-gilir antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.