
KUCHING, 9 Sept: Program Jelajah Fit Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2023 di bawah Kementerian Belia dan Sukan menghimpunkan lebih 8,000 penyertaan dalam pelbagai acara sukan menjadi wadah kepada pembudayaan sukan untuk semua dengan mengamalkan gaya hidup aktif dan cergas selari dengan visi sukan negara 2030 untuk mencapai status negara sukan.