Lelaki miliki 12 rekod jenayah diberkas curi tong gas #bm, Berita Sarawak April 21, 2025 11:16 AM KOTA SAMARAHAN, 21 April: Seorang lelaki diberkas kerana dipercayai mencuri lapan unit tong gas di sebuah restoran di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 3 April lalu dengan seorang lagi rakan sejenayahnya yang masih bebas diburu pihak polis.