
KUALA NERUS, 24 Jan: Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC) Badrul Afzan Razali berharap pasukannya dapat memungut sekurang-kurangnya satu mata pada perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam esok.