JOHOR BAHRU, 3 Feb: Kementerian Perpaduan Negara telah menyenaraikan lebih 30 individu daripada pelbagai penganut agama dalam Jawatankuasa Keharmonian, sebagai usaha untuk menyampaikan mesej perpaduan dalam kalangan kaum dan penganut pelbagai agama di negara ini.
Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata jawatankuasa itu, akan menjadi platform bagi membincangkan, menilai dan memahami perbezaan dan persamaan antara satu sama lain, dalam memastikan perpaduan dalam kalangan kaum terus terpelihara.