PORT DICKSON, 10 Julai: Elaun kursus anggota sukarelawan penyelamat pantai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dinaikkan RM40 sehari dengan implikasi kewangan RM1.8 juta setahun bermula awal bulan ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penambahan kadar elaun itu memanfaatkan lebih 10,000 sukarelawan APM di negara ini.